xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml" PREMIUM BEAUTIFUL by NURAINA ASWEEN: SKIN CARE PACKAGE

Tuesday, June 26, 2012

SKIN CARE PACKAGE



Skin Care Package

  1. Setiap bahan yang digunakan dalam produk telah diuji dan disahkan keselamatan penggunaannya. Ia tidak mengandungi bahan-bahan larangan seperti hydroquinone, asid retinoic, merkuri, steroid dan hormon buatan.
  2. La Praise ialah produk yang halal.
  3. Ia tidak mengandungi minyak mineral, sebaliknya ia menggunakan minyak tumbuhan.
  4. Ia tidak mengandungi Sodium Lauryl Sulphate (SLS) yang mungkin mengakibatkan alergi kulit.
 
 
 Bahan-bahan tumbuhan semula jadi dalam La Praise adalah selamat terhadap kulit. Ia tidak akan mengakibatkan masalah alergi, malah membantu memulihkan kulit yang rosak. Sel induk tumbuhan adalah bebas dari antigen dan ia menembus ke semua lapisan kulit lalu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. 
 
 
 La Praise menggabungkan sumber-sumber semula jadi (sel induk tumbuhan dan antioksidan) dengan teknologi moden. Ia menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru dan pemulihan sel-sel kulit yang rosak.

Selain itu, La Praise mengandungi dua jenis sel induk tumbuhan iaitu Swiss Apple dan Samphire yang mampu mengurangkan kedutan serta melambatkan penuaan kulit menjadikan wajah kulit anda tampak muda dan berseri. Produk La Praise sesuai untuk semua jenis kulit dan ia selamat serta mudah digunakan.
 
 
 Kulit anda akan menjadi lebih berseri, anjal dan putih setiap kali anda menggunakan La Praise. Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza disebabkan oleh keadaan kulit yang berbeza. Antara kebaikannya ialah kulit akan menjadi lebih licin, berseri dan segar. Kedutan di sekeliling mata juga dapat dikurangkan dan muka akan menjadi lebih licin dalam masa 28 hari.

Namun, penerimaan kulit terhadap La Praise akan mempengaruhi perubahan di atas secara langsung. Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang serius seperti jerawat, pigmentasi, penuaan kulit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, penyalahgunaan produk yang mengandungi bahan larangan, kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan sebagainya sebelum menggunakan La Praise, ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk proses pemulihan.
 
 PAKEJ
  1. Soothing Cleansing Gel  x 50ml/ botol
  2. Soothing Toner x 50ml/ botol
  3. Sun Protector SPF 30 PA+++ x 15ml/ botol
  4. Night Renewal x 15 ml/ botol
  5. Eye Lifting Gel x 15ml/ tiub
 

No comments: