xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml" PREMIUM BEAUTIFUL by NURAINA ASWEEN

Tuesday, June 26, 2012



 



MAAFKAN MEREKA BUKAN DI FRENKUSI YANG SAMA ;)

 

 Banyak faktor dalaman diri untuk berjaya-seperti takut kegagalan,..tiada keyakinan diri..dan sebagainya.Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan.Iaitu,kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita.Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dgn kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri..

 



Stressnya kan bila kita kena kritik dan sindir!!

Well, kritikan dan sindiran dari orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa..Tetapi,zon selesa bagi pihak mereka pula..mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha utk berjaya lebih dari mereka.Sindiran & kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarik kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu TIDAK BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN..

Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif,tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!!
Tipsnya adalah...maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda.Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda.Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang.Selepas memaafkan mereka,GO AHEAD DAN TERUSKAN USAHA anda untuk mencapai KEJAYAAN!!!!



No comments: